Sunday 30 September 2012





MENGENAI LILYS ENTERPRISE

Syarikat LILYS ENTERPRISE telah ditubuhkan pada bulan Mei 2002, merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan, pengeluaran dan pengedaran kelapa bulat, kelapa patik (isi kelapa), santan segar (fresh coconut milk), santan beku (frozen coconut milk), kerisik dan minyak kelapa (coconut oil) disekitar lembah klang,Negeri Sembilan, Seremban dan Melaka.
Kini LILYS ENTERPRISE telah melebarkan sayap ke Pahang dan Kuantan. Santan kami boleh didapati di beberapa pasaraya terkemuka.

Syarikat LILYS ENTERPRISE dimiliki oleh 100% BUMIPUTERA, diasaskan oleh sepasang suami isteri (En. Zailan & Pn. Lily).

Kini, alhamdullillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T, LILYS ENTERPRISE telah melangkah setapak lagi, iaitu menggunakan teknologi terkini (pastuerisation), salah satu cara membasmi kuman.

Kini kami telah pun memperolehi sijil HALAL yang diiktiraf dari JAKIM.

Kami juga telah maju setapak lagi, kini kami mempunyai permit import kelapa sendiri (AP) .

Kami juga mengalu-alukan kepada usahawan dan bakal usahawan yang ingin menjadi agen untuk menambah pendapatan secara serius.